Sunday, April 6, 2008

Perang KhaibarDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: navigasi, gelintarPeperangan KhaibarSebahagian dari Kempen MuhammadTarikh629TempatKhaibarHasilKemenangan MuslimPihak bersengketaTentera MuslimYahudi KhaibarKomanderMuhammadal-Harith ibn Abu ZaynabKekuatan1,600?Korban dan kehilangan16?Peperangan Khaibar terjadi pada tahun 629 di antara Nabi Muhammad dan pengikutnya dengan orang-orang Yahudi yang tinggal di oasis Khaibar, sejauh 150 kilometer dari Madinah di bahagian timur laut semenanjung Arab. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan orang Islam.Perang Khaibar terjadi tidak lama selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah memimpin sendiri ekspedisi ketenteraan menuju Khaibar, daerah sejauh tiga hari perjalanan dari Madinah. Khaibar adalah daerah subur yang menjadi benteng utama Yahudi di jazirah Arab, terutamanya setelah Yahudi di Madinah ditaklukkan oleh Rasulullah.Maka Muhammad menyerbu ke jantung pertahanan musuh. Suatu pekerjaan yang tidak mudah dilakukan. Pasukan Rom yang lebih kuat pun tidak mampu menaklukkan benteng Khaibar yang memiliki sistem pertahanan berlapis-lapis yang sangat baik. Sallam anak Misykam mengorganisasikan prajurit Yahudi. Perempuan, anak-anak dan harta benda mereka tempatkan di benteng Watih dan Sulaim. Persediaan makanan dikumpulkan di benteng Na'im. Pasukan perang ditumpukan di benteng Natat. Sedangkan Sallam dan para prajurit pilihan maju ke garis depan.Sallam tewas dalam pertempuran itu, tetapi pertahanan Khaibar belum dapat ditembus. Muhammad menugaskan Abu Bakar untuk menjadi komandan pasukan. Namun gagal. Demikian pula Umar. Akhirnya kepemimpinan komando diserahkan pada Ali. Di Khaibar inilah nama Ali menjulang. Keberhasilannya meruntuhkan pintu benteng untuk menjadi perisai selalu dikisahkan dari abad ke abad. Ali dan pasukannya juga berhasil menembusi pertahanan lawan. Harith bin Abu Zainab-komandan Yahudi setelah Sallam-pun tewas. Benteng Na'im jatuh ke tangan pasukan Islam.Setelah itu benteng demi benteng dikuasai. Seluruhnya melalui pertarungan sengit. Benteng Qamush kemudian jatuh. Demikian juga benteng Zubair setelah dikepung cukup lama. Semula Yahudi bertahan di benteng tersebut. Namun pasukan Islam memotong saluran air menuju benteng yang memaksa pasukan Yahudi keluar dari tempat perlindungannya dan bertempur langsung. Benteng Watih dan Sulaim pun tanpa kecuali jatuh ke tangan pasukan Islam. Yahudi lalu menyerah. Seluruh benteng diserahkan pada umat Islam. Muhammad memerintahkan pasukannya untuk tetap melindungi warga Yahudi dan seluruh kekayaannya, kecuali Kinana bin Rabi' yang terbukti berbohong saat dimintai keterangan Rasulullah.Perlindungan itu tampaknya sengaja diberikan oleh Rasulullah untuk menunjukkan beza perlakuan kalangan Islam dan Nasrani terhadap pihak yang dikalahkan. Biasanya, pasukan Nasrani dari kekaisaran Rom akan menghancurluluhkan kelompok Yahudi yang dikalahkannya. Sekarang kaum Yahudi Khaibar diberi kemerdekaan untuk mengatur dirinya sendiri sepanjang mengikuti garis kepemimpinan Muhammad dalam politik.Muhammad sempat tinggal beberapa lama di Khaibar. Ia bahkan nyaris meninggal lantaran diracun. Diriwayatkan bahwa Zainab binti Harith menaruh dendam pada Muhammad. Sallam, suaminya, tewas dalam pertempuran Khaibar. Zainab lalu mengirim sepotong daging domba untuk Muhammad. Rasulullah sempat mengigit sedikit daging tersebut, namun segera memuntahkannya setelah merasa ada hal yang ganjil. Tidak demikian halnya dengan sahabat Rasul, Bisyri bin Bara. Ia meninggal lantaran memakan daging tersebut.Dengan penaklukan tersebut, Islam di Madinah telah menjadi kekuatan utama di jazirah Arab. Ketenangan masyarakat semakin terwujud. Dengan demikian, Muhammad dapat lebih menumpukan kepada dakwah membangun moraliti masyarakat.
Perjanjian di antara umat Islam dan bukan Islam
Perjanjian ini merupakan salah satu daripada tiga perkara yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika sampai di Madinah. Iaitu selepas membina masjid dan menyatukan umat Islam dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan kaum Ansar.
Tujuan perjanjian ini dibuat adalah untuk menentukan atau menggariskan peraturan-peraturan dalam kehidupan umat Islam dan menerangkan hubungan di antara umat Islam dan bukan Islam khususnya kaum Yahudi di Madinah. Perjanjian ini juga merupakan dasar-dasar yang perlu dipatuhi bagi mengukuhkan dan menjamin keharmonian bagi sebuah negara Islam yang baru dibentuk. Perjanjian ini melibatkan kaum Muhajirin, kaum Ansar dan kaum Yahudi di Madinah. Semua masyarakat di Madinah dapat menerima perjanjian ini kerana ia meliputi semua hak-hak umat Islam dan bukan Islam.
Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini adalah sebagaimana berikut:
1. Penyatuan umat Islam tanpa membeza-bezakan antara satu sama lain.
2. Pesamaan hak dan taraf sesama manusia.
3. Bekerjasama dalam menentang kezaliman dan permusuhan dan melindungi negara daripada musuh.
4. Menerima perdamaian dengan musuh sekiranya ada kebaikan dan kepentingan kepada umat Islam.
5. Memerangi orang luar merupakan peraturan am bagi negara dan ditegah dari menerima perlindungan dan pertolongan daripada mereka.
6. Masyarakat Madinah perlu saling melindungi di antara mereka dan menentang kezaliman serta membela nasib orang yang dizalimi.
7. Orang bukan Islam mempunyai hak kebebasan ke atas agama dan harta mereka dan tidak memaksa mereka memeluk agama Islam serta tidak merampas harta mereka.
8. Orang bukan Islam juga perlu memberi sumbangan dalam perbelanjaan dan kebajikan negara sebagaimana sumbangan yang diberikan oleh umat Islam.
9. Kebebasan untuk berpindah-randah.
10. Asas kerjasama di antara masyarakat Madinah adalah dibangunkan di atas dasar membuat kebaikan dan ketakwaan dan bukannya di atas dasar membuat kejahatan dan dosa serta permusuhan.

Pengajaran dan iktibar yang dapat kita ambil daripada perjanjian ini ialah asas sebuah negara Islam adalah dibangunkan di atas dasar keadilan kemasyarakatan. Sesunguhnya kebenaran, keadilan dan bekerjasama dalam membuat kebaikan dan ketakwaan sesama manusia serta menentang kejahatan dan keburukan dalam masyarakat adalah menunjukkan syariat-syariat yang telah dilaksanakan oleh negara Islam.

Wednesday, March 5, 2008

FRIEND...

WE ARE NEVER TOO OLD TO LEARN

AND NEVER TOO YOUNG TO DIE

FOLLOW THE STEP OF SYUHADA' TO DIE...

LIFE IS FOR ALLAH!!!